Followers

Thursday, June 5, 2014

Polis Ejen Zionis

"Polis,
sedarilah engkau kerja macam pengemis,
menjaga kemaslahatan Zionis,
di depan mata aku engkau pesimis,
kembalikanlah kepada Allah hak kapitalis"

 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melipatgandakan usaha bagi mendekati rakyat dan meningkatkan kepercayaan mereka
dalam menjalankan tugas terutama dalam aspek menjaga keselamatan.
  
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata pihaknya akan terus menjalankan program kepolisan masyarakat yang berbentuk keselamatan bagi tujuan itu.
  
"Saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di antara polis dan masyarakat negeri ini bagi memastikan isu keselamatan tidak lagi menjadi satu masalah yang besar," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog berhubung program lawatan serta pemeriksaan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu semalam.

Menurut beliau hasil lawatan ke beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini mendapati setiap anggota PDRM di Terengganu sentiasa bersiap siaga serta bersemangat tinggi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Katanya, pendekatan untuk mendekati rakyat ini penting dan perlu dijalankan sekerap mungkin bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran polis sama ada di peringkat balai, IPD ataupun IPK.
  
"Kita akan pastikan setiap aspek pengurusan dalam PDRM khususnya dijalankan mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan saya punya pasukan khas akan pergi melihat perkara ini dalam keadaan tertentu dan kita ada format yang telah ditetapkan," katanya.
  
Mengulas isu cermin gelap, Salleh berkata PDRM akan menjalin kerjasama erat dengan jabatan serta agensi yang terlibat khu

"Kami berharap orang ramai tidak salahkan pihak berkuasa dalam hal ini kerana setiap undang-undang yang dikuatkuasakan mempunyai tujuan murni iaitu untuk mendidik masyarakat," katanya.
  
Pada 3 Jun lepas, bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan yang diadakan di Shah Alam mengesyorkan kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus dari 50 peratus sebelum ini.
  
Bengkel kajian itu juga mengesyorkan VLT cermin depan sebanyak 70 peratus dan cermin sesi pemandu, 50 peratus dikekalkan. Peraturan baharu itu dijangka berkuat kuasa bulan ini selepas mendapat persetujuan pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam masa terdekat.

- Bernama