Followers

Saturday, June 7, 2014

Ada Anak, Bunuh

 "Ada ibu...bunuh,
Ada bapa...bunuh,
Ada anak...bunuh,
Ada isteri...bunuh,
Ada suami...bunuh,
Perbalahan ini disumpah takkan sudah,"
Dipetik daripada senikata Tandus, terbit dalam album Kurikulum Bersuara Sekolah Rakyat (2007)


Oleh Muhamaad Razis Ismail
Bachok: Bayi lelaki masih hidup ditemui ditinggalkan dalam kotak air mineral di depan rumah kedai di Kampung Gajah Mati, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui oleh pemilik kedai runcit itu pada 5.15 pagi.

"Mereka berdua kemudian menemui kotak air mineral yang berisi bayi berkenaan bersama beberapa helai lampin pakai buang dan puting susu.
Foto

"Pasangan suami isteri itu mengambil bayi yang masih menangis itu dan memberinya susu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tawang, 7 pagi ini," katanya.