Followers

Saturday, October 18, 2008

Jiwa Muda Hati Remaja

Aku, dari dulu lagi,
Belum mahu mati,
Masih goyang kaki,
Belum cari bini,
Entah - mahu yang seksi,
Kalau dah jadi,
Aku tak peduli,
Jiwaku untuk pemudi,
Yang berjati diri,
Gelodak remajaku hingga ke ini - hari,
Si cantik dulu, Belum ada ganti,
Yang pasti pergi,
Biarkan aku sepi,
Apa kau peduli,
Mari kita membising bunyi,
Semuanya di sini:

PELACUR itu pun terus berjalan,
menabur dosa hitam di awangan,
ramai lelaki-wanita sudah jadi pelanggan,
semalam, aku hampir melayan,
nasib ku ingatkan Tuhan,
celaka, membawa kepada azab pangkalan,
mereka perosak bangsa, agama dan taulan,

PELACUR-PELACUR itu pun terus bersuara,
katanya makan tak cukup untuk hidup bersama,
ramai wanita-lelaki sudah jadi pemangsa,
kelmarin, aku tolak percuma,
nasib ku ingatkan dosa-pahala,
celaka, terbawa dari wabak dunia,
mereka penjahanam martabat kita semua,

Berbogel,
Bersolek,
Berbilik,
Bergetah! Ya getah plastik di dalam tangannya.
Si pelacur itu.
Seorang perempuan,
Seorang lelaki,
Ramai perempuan,
Ramai lelaki,
Ada juga transeksual,
Semuanya celaka.
...maka melacurlah mereka ke pengakhiran.