Followers

Monday, September 29, 2008

Tiada Besok


Jadi bermulanya sesuatu
yang mulanya hanya lahir dari bisikan lembut angin
dan niat untuk menggapai sesuatu yang tak pernahnya ada di situ
tetapi sesuatu itu pernah Aku alami
dan seringkali impresinya disalahtafsir
sebagai anasir merumitkan getiran segala predikamen
tapi Aku tak pasti sama ada di alam ini atau alam lain
atau syaitan yang memuja asyik bermain bayang di balik kain
Ya Aku pasti Aku pernah
berserah atau terserah
mungkin sekali dalam mimpi
Aku dan sesuatu barangkali pernah bersatu
melagukan nekad sebab ingin mengumpan bajingan beribu
yang beribukan nafsu untuk meneraju

kaku di kala Aku menjejak langkah pertama memulakan
perjalanan beribu batu yang pengakhirannya Aku tak tahu di mana
tanpa sesiapa menongkat Aku
bumi terhampar luas tiada sempadan antara Aku dan lakhanat semua
yakni mereka.....

Hari terakhir Aku di bumi
tak ingin terlalu selesa di sini kerana pengakhirannya besok pagi
Maka Aku genggam hari ini sehingga berdarah jejakanku
biarkan ia titis meliputi tanah yang menamakanku
menyelimuti jasadku yang lohong tapi
hatiku penuh dengan impi
satu ketika Aku seperti kalian juga
leka dengan andaian besok
kerana besok
adalah seperti kekasih yang seringkali memungkiri
.....berpaling muka lupa untuk kembali pada sisi

Bila tiba pagi
bertaburan remuk janjian
di lantaran akhir
bertemankan azab dunia
para malaikat menyanyikan
Aku pula nazak bertahan
sambil Izraeil memancung jasad dari roh dengan perlahan
tersekat kalimah di tenggorokan
enggan berpisah kerana berat disauh dosa...