Followers

Tuesday, February 12, 2008

ROTTW (Rencana Orang Tua Tidak Waras)


I don't know why but Piko's sure pissed..... just read on.

Rencah Omong Tipu Tanpa Watikah ini:
Kupas muzik barat, timur seantero dunia,
Hidupkan situasi bingung isu politik industri muzik,
Makalah muzik terunggul NegaRakuS,
Rangkuman Obsesi Tulisan Tipu Wang,
Rentetan Ortopedik Tanpa Tahu Wadah,
Remaja Olok Tundukkan Tuan Wak,
Rasa Oren Tin Taruh Wine,
Rusuhan Organ Tempo Telanjang Wangsa,
Radio Ortodok Tulisan Tungging Wayang
Runtuh Objek Tutuh Trakea Watan

Melodi muzik barat,Kononnya santapan jiwa muda-mudi,
Namun yang berusia itu tahu intipati sebenar,
Hasutan korporat menjatuhkan semangat DIY kugiran lokal,
Tamparan hebat memacu arah ke beberapa tahun terbitan,
Kami yang berinstrumen di tanahair sendiri dibias,
BIAS kulit sendiri TAKSUB rentak kulit asing,
Rencah mukhabarat, hebat irama kapital,
Di corong-corong radio,
Hebat mencari mangsa baru,
Di kaca-kaca TV,
Pancar sinaran dahi si tau tamak,

Dagangan luas arena kampus,
Cuba menjajah sanubari intelek,
Belum bermula, meminta-minta,
Belum berbunyi, paksaan dihuni,
Nian mencari lebih banyak lilin,
Dinyalakan api di kolej pemudi,
Disuapkan haloba di kamar pemuda,
Orang tua itu...
tidak waras
Orang tua itu...
Lupa diri
Orang tua itu...
Mencekik darah
Orang tua itu...
Sudah nyanyuk

Di rona-rona liku hidup melodi dunia ke-3,
Apa yang mereka cari?
Apa yang mereka catit?
Apa yang mereka hentam?
Apa yang mereka edit?
Apa yang mereka ciplak?
Apa yang mereka laung?
Apa yang mereka nyanyi?
Rentaknya ortodok tua tidak waras